Tuesday, April 7, 2009

Over Week end

Assalamualaikum wbt.

Memilih untuk mempunyai pembantu rumah atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri. Saya memilih untuk mempunyai pembantu rumah pada suatu ketika dulu adalah kerana merasakan susah untuk meng’handle” tugas2 rutin rumahtangga terutamanya menjaga anak2 saya sewaktu saya keluar bekerja bersama2 suami. Walaupun saya mempunyai 7 orang staff di taska tapi saya tidak mahu menyusahkan cikgu2 saya dengan karenah anak2 saya. ( I know my kids)

Selama 3 tahun mempunyai bibik pembanu rumah bukanlah satu waktu yang memceriakan. Kita sebagai manusia terutamanya saya bukan manusia yang sempurna. Yup, human factor. Banyak kekhilafan samada dipihak saya mahupun pihak pembantu rumah yang saya kena hadapi.

Terbaru adalah, hujung minggu lepas awalnya memang saya berniat untuk memberikan kebenaran pembantu rumah saya supaya “outing” dengan staff saya yang lain mengambil kira 2, 3 menjak ini pembantu rumah saya kelihatan agak murung (penangan asmara barangkali) atau mungkin waktu “edahnya” hampir tamat Mei ini (tak sabar nak balik kg dan berkahwin). Tetapi sms petang sabtu dikala saya berada diluar dari pembantu rumah saya memohon izin untuk keluar ke klang berjumpa makciknya dan menghantar pulang “teman” istimewanya membuatkan saya membatalkan niat untuk bertanya kepada staff saya. Yelah, pembantu rumah sudah ada tempat untuk di tuju. Maka tidak perlulah saya bersusah payah meneruskan niat saya. Akhirnya kebenaran diberi dan pembantu rumah harus pulang sebelum jam 9 malam dipersetujui kedua belah pihak.

Pada hari yang sama, pembantu rumah pulang dengan muka yang ceria. Alhamdulillah misi saya berjaya untuk mengembirakan hatinya. Keesokannya saya mendapat version cerita yang berlainan, rupa2nya pembantu rumah keluar dengan staff2 saya dengan memberikan alasan yang tipu. Bohong3 semata2. Adush, sebalnya rasa hati. Saya terkilan dengan sikap pembantu rumah, kenapa harus menipu semata2 untuk keluar. Bukanlah menjadi isu untuk dia pembantu rumah keluar sekali sekala, tetapi kenapa harus MENIPU?

Saya rasa cukuplah sudah masa saya mempunyai pembantu rumah. No more after this. Biarlah saya menguruskan keluarga saya dengan kapasiti dan sisa tenaga yang minimum. Asalkan hati saya tidak disakiti dan hati orang lain juga tidak sakit dengan saya. Ya Allah Ya Tuhanku hambamu memohon petunjuk dan keampunan atas segala kekhilafanku.

No comments: