Assalamualaikum wbt.
Antara peranan seorang isteri, ibu, anak dan wanita... mana satu yang lagi penting?Bagi saya ketiga2 nya penting, tapi saya lebih mengutamakan peranan saya sebagai seorang ibu. saya tidak mampu menjadi seperti sahabat saya yang bagi saya terlalu sempurna untuk seorang suami. Walau apa pun pandangan orang lain terhadap saya, anak tetap nombor satu. Kepuasan dan tanggungjawab terhadap anak2 priority utama. Saya tidak akan mengutamakan orang lain sekiranya melibatkan hal anak2 saya. Saya mungkin akan menolak keperluan untuk balik kg menjenguk ibu bapa sekiranya ada perkara pada masa yang sama anak saya memerlukan lebih dari saya.
Tapi macam mana pula tentang peranan dan tanggungjawab saya terhadap diri saya sendiri? Saya memang tidak nafikan jika saya inginkan sesuatu saya akan usahakan sendiri sehingga dapat. Saya tidak pandai atau betah menunggu suami melakukan segala2nya untuk saya. Ada perkara yang saya boleh handle sendiri. Cuma apa yang saya mintak cuma sedikit ruang perbincangan dan keizinan dari suami serta memahami apa yang wanita perlu sekali sekala. Apa yang saya merepek ni? Entahlah... mungkin pagi ni sedikit kelam... maka emosi pun kelam....
Saya tidak mengharapkan komen dari orang lain, kerana entri ini hanya untuk saya. Komen dari orang lain tidak diperlukan disini untuk entri ini.