Friday, November 28, 2008

Asas

Assalamualaikum wbt.

Satu petang saya dapat mesej daripada sahabat baik saya Haida. Mesej yang berbalas2 akhirnya berkisar kepada tajuk pemilihan tadika.
Sungguh saya keliru nak memilih tadika yang terbaik untuk anak saya yang akan mencecah umur 5 tahun, tahun depan (2009). Jadi saya terus bertanya kepada sahabat baik saya Haida, sebab bagi saya beliau seperti mentor saya dalam alam rumahtangga, seorang ibu dan isteri contoh.

Pandangan beliau "Daa pentingkan self development than boleh berbahasa inggeris. Yang tu boleh datang kemudian. Peribadi dan cara pembawaan diri lebih penting bagi Daa. Asas islam yang kukuh untuk penting untuk jati diri. Daa tahu ramai parents pentingkan anak dia boleh cakap english dan hebat2 dan terror dalam semua subjects. Daa tak kisah semua tu. InshaAllah semua tu dapat jugak nanti.Anak2 kan bersih, hanya ibubapa yang boleh mencorakkannya. Rugi kalau kita dah start dengan benda yang kabur dari segi sahsiah hinggalah hal makan minum dia. Terpulang :)"

Haa.. panjang lebar mesej sahabat saya itu. So terjawabla kekeliruan saya selama ini. Cuma terkilan semalam tak sempat jumpa kawan baik saya yang datang KLCC.

Ya Allah Ya Tuhanku, hambamu memohon dipermudahkan urusan dalam mencari yang terbaik untuk anak2 ku Amna Aisyah "ulya Putri dan Abdul Harith Haddad, Amin Ya Rabbal Al-lamin"

Tuesday, November 18, 2008

Pappaa?


Assalamualaikum wbt.

Masuk hari ni dah 3 hari papa outstation. Kata Aisyah papa tidur kat tempat keja. Tapi yang tak tahannye... haddad selalu tanya papanye. Mummy balik keja tanya "pappaa?" (dalam lenggok haddad). Tengok kunci kereta .. "pappaa?". Maksudnya dalam bahasa haddad nak tanya papa mana? Then tengok kunci kereta dia cakap "nye.. pappaa?"... maksudnye "punye papa".Hemmm... ni dah masuk loghat Indonesia.. hihi.

Tapi yang paling syahdu.. malam tadi mengigau panggil papa. Bangun tido pagi tadi pukul 6.15am... time mummy angkat masuk bilik mummy tanya lagik.. "pappa?". Hish3...Mesti papa kembang kempis hidung bila dia baca entry ni. Ingat hari ni nak bawak Haddad ngan Aisyah amek papa kat KLCC. Biar diaorang excited jumpa papa diaorang.

Aisyah plak... maghrib semalam, mummy tak marah pon... cuma tegur dia tumpahkan daging atas sofa, tapi cepat2 dia cakap "mummy, kalau papa tak de je.. marahla tu..." Rindu betul anak2 ngan papanye.. mummy?... hehe

Kesimpulannya hidup kami tak lengkap tanpa papa. We love u papa.

Salam sayang,

Dari mummy, aisyah dan haddad (awang pipi papa)

Sunday, November 16, 2008

Temper tantrums


Assalamualaikum wbt.

Temper tantrums range from whining and crying to screaming, kicking, hitting, and breath holding. They're equally common in boys and girls.Kids' temperaments vary dramatically — so some kids may experience regular tantrums, whereas others have them rarely. They're a normal part of development and don't have to be seen as something negative.Several basic causes of tantrums are familiar to parents everywhere: The child is seeking attention or is tired, hungry, or uncomfortable.

Tantrums are common during the second year of life, a time when children are acquiring language. Toddlers generally understand more than they can express. Imagine not being able to communicate your needs to someone — a frustrating experience that may precipitate a tantrum. As language skills improve, tantrums tend to decrease.
Another task toddlers are faced with is an increasing need for autonomy. Toddlers want a sense of independence and control over the environment — more than they may be capable of handling. This creates the perfect condition for power struggles as a child thinks "I can do it myself" or "I want it, give it to me." When kids discover that they can't do it and can't have everything they want, the stage is set for a tantrum.

The most important things to remember when your child is in the throes of a tantrum are:
a) Don't punish the child.
b) Don't reward the child.
c) Stay calm and ignore the behavior to the extent possible.
d) Keep the child safe.
e) Isolate the child if possible.
f) Don't let the disapproval of other people affect your response to the tantrum.

When your child throws a tantrum, she is essentially out of control. You must make sure that you stay firmly in control. Punishing the child for throwing a tantrum, by yelling or spanking for example, makes the tantrum worse in the short term and prolongs the behavior in the long term. Trying to stop the tantrum by giving in to the child's demands is even worse. This is the way to teach a child to use tantrums for manipulation, and will cause the behavior to continue indefinitely, even into adulthood.

During a tantrum, you can help your child by:

1. TRY TO REMAIN CALM.
Shaking, spanking, or screaming at a child only tends to make the tantrum worse instead of better. Set a positive example for children by remaining in control of yourself and your emotions.

2. PAUSE BEFORE YOU ACT.
Take at least thirty seconds to decide how you will handle the tantrum. Four possible ways to deal with a tantrum include:

DISTRACT -
Try to get the child's attention focused on something else. If he screams when you take him away from something unsafe (like your purse), offer him something else to play with. This technique works well with toddlers.

REMOVE -
Take the child to a quiet, private place to calm down. This should be a quiet "cooling down" place that is away from other children. Avoid trying to talk or reason with a screaming child. It doesn't work! Stay nearby until you see that she has calmed down. Then you can talk and return to whatever you were doing.
I
IGNORE -
Older children will sometimes throw tantrums to get attention. Try ignoring the tantrum and going about your business as usual.

HOLD -
Holding an "out of control" child calmly is sometimes necessary to keep him from hurting himself or someone else. You might also say something like: "I can see you are angry right now, and I am going to hold you until you calm down. I won't let you hurt me or anyone else." Often this approach can be comforting to a child. Children don't like to be out of control. It scares them. An adult who is able to take charge of the situation and remain calm and in control can be very reassuring.

3. WAIT UNTIL THE CHILD CALMS DOWN - THEN TALK.
It's difficult to reason with a screaming child. Insist on a "cooling down" period, and follow up with a discussion about behavior.

4. COMFORT AND REASSURE THE CHILD.
Tantrums really scare most kids. Often, they are not sure why they feel so angry and feel rather shaken when it is all over. They need to know that you disapprove of their behavior, but that you still love them.

Thursday, November 13, 2008

Membina Harga Diri Kanak-Kanak


Assalamualaikum wbt.

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri? Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi? Kanak-kanak ini:

  1. Mudah berkawan. (Aisyah mudah berkawan tapi kawan2 yg berlainan umur cth 5 yrs seems macam memusuhi Aisyah. Kesian Aisyah kan. That's why mummy rasa kalau dah 5 yrs kena ke tadika (bkn duk taska lagik). kalau tak yg umur 5 thn ni akan mudah menjadi "taiko" dan jadi ketua mempengaruhi org lain)
  2. Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru. (yg ni Aisyah memang suka)
  3. Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan. (sometimes la... kalau dtg dia punye angin... hemmm)
  4. Boleh mengawal perlakuan. (InsyaAllah)
  5. Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain. (so far so gud la)
  6. Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif. (huhu...sgt kreatif anakku sorang ni.. hbs dinding dia tampal dgn kertas aktiviti dia)
  7. Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.(alhamdulillah ... sentiasa bersemangat kecuali kalau kena marah sebab kasar sangat permainannya dgn adik..then sah2 terus bad mood)

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?Mereka :

  1. Tidak ceria.
  2. Kurang keyakinan diri.
  3. Perasaan tidak berguna.
  4. Sentiasa berasa letih dan penat.
  5. Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
  6. Rasa rendah diri.
  7. Sering gagal di sekolah.

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri? Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :

  1. Kasih sayang.
  2. Keselamatan.
  3. Panduan.
  4. Penghargaan.
  5. Galakan.

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?Anda harus : ( Mummy akan cuba yang terbaik)

  1. Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil.
  2. Berikan kasih sayang yang ikhlas.
  3. Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda.
  4. Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
  5. Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan.
  6. Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
  7. Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik.
  8. Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya 'ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangimu.

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak.

  1. Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain. (emmm adalah terlepas satu dua kali.. tapi takdela mengherdik... sampai mummy kena marah kat papa.. huhu)
  2. Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya. ( eiii.. tak ada2, simpang malaikat 44) )
  3. Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak.

sumber : http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/09/membina-harga-diri-kanak-kanak.html

Tuesday, November 11, 2008

Rumah Impian


Assalamualaikum wbt.

Impian saya yang satu ini dah lama terbuku dalam hati. Akhirnya weekend lepas saya berjaya merealisasikan apa yang tertunggak. Mengecat dan menghias rumah. Saya tak adalah ambik gambar rumah before and after. Tapi cukupla bagi rumah saya kelihatan kemas dan bersih serta cantek. Terima kasih to papa (my hubby) yang dah bersusah payah tolong saya meng"touch up" apa yang patut. Tak dilupakan 2 orang pembantu tanpa gaji Aisyah dan Haddad. Hehe.... Siap Aisyah buatkan air untuk mummy dan papa. Oh.. sungguh touching. Walaupun sebenarnya Aisyah ambik air "yogurt" dia then masukkan dalam jug and hidang to mummy and papa. Thanks sayang. Dah besar anak dara saya sorang ni rupanya (4 years old barunyer)
So next project saya sudah diberi kepercayaan secara total oleh papa sebagai "Project Manager" untuk project "DAPUR".

Wednesday, November 5, 2008

Haddad oooo Haddad



Assalamualaikum wbt.
Salam perkenalan. Nama saya Abdul Harith Haddad Ab Shahril Hisham. Keturunan ABDUL yang ketiga. Hehe. Sekarang umur saya dah 20 bulan. Saya amat mirip kepada Tokki saya dan uncle saya sebelah mummy. Berat saya sekarang 12kg je. Papa suka panggil saya "Awang pipi' dan sambil tarik pipi saya. Sakit tau. Taula pipi saya ni comel. Saya sayang... sangat kakak saya Aisyah. Saya panggil dia "kakkak" ada sabdu tu. hehe.. Saya suka sakat kakak saya dengan tarik rambut dia, pijak perut (nakal kata atuk), ambik barang mainan kakak, buli orang lain dll. Sekarang saya dah pandai bercakap 2 patah perkataan. Contohnya.. Nak minum, nak makan, Abdul Harith (ajuk nama sendiri bila mummy panggil saya time saya nakal) dll. saya suka naik kereta "ferari papa" bila petang2.
Sekarang ni kakak saya suka usik saya dengan "HI... HI... HI... " (version bunyi hantu kononnye tu) tak suka tau. mummy ngan C'su pulak suka usik saya dengan BOKBONG.
Saya suka gigit orang, hinggakan mummy ugut saya nanti BOKBONG amek gigi adik. Saya suka makan nasi kosong je tak ada lauk, kuah pun dah cukup. Suka mandi dan main air. Suka sangat minum air. Kadang2 terlalu banyak minum air sampai dah kenyang then tak mahu makan. Mummy slalu risau bila saya nampak sikit susut. Sebab mummy suka anak lelakinya ni nampak tembam. Nanti nampak macam tak cukup makan. Itu sahaja tentang saya setakat ini. nanti saya update lagi. tata

Aisyah

Assalamualaikum wbt.

2 hari ni ada sedikit kelainan. Aisyah dah tak badmood lagi. Aisyah jugak bangun awal pagi nak bye2 mummy n papa dan salam. Tapi aksi "jual kerepek" Aisyah masih ada. Termasuk pagi2 tadi Aisyah cakap... "mummy... karang nanti cikgu marah2 Aisyah , lepas tu Aisyah nangis kuat2"... hemmm... dalam hati mummy.. "nak mengecek tk mboh gi skoloh lah tu" (he..he.. bahase ganu)

Sejak akhir-akhir ni, Aisyah dah tak sabar nak pegi nak pergi "Science Lab/Summer Camp" anjuran Astro. Sajela kan, mummy nak ajar anak mummy bergaul luar dari lingkungan taska. Meet new friends and new activities. Satu hari nanti bila Aisyah dah besar dan baca blog mummy ni, mesti Aisyah akan tersenyum. Tapi tiap2 hari tanya mummy, "nanti mummy tunggu luar?". Yela, kids memang takut nak berhadapan dengan tempat baru, nak jugak mummy tunggu. Hopefully this can be as a training for her before go to tadika by next year.Gud luck Aisyah. Mummy sayang banyak kat Aisyah dan Haddad.
Mmmmuahhhhhhhhhhh....
p/s : nanti mummy postkan gambar Aisyah pegi Summer Camp tu.