Perasaan semenjak semalam membuak2 rasa nak balik kg. Perasaan tu rasanya macam 14-18 tahun lepas... 18 tahun lepas? dah berusia rupanya aku. Ingat lagi 14-18 tahun lepas... sebulan sekali pihak sekolah akan beri kebenaran kepada semua student balik kg. Walaupun balik Jumaat dan Sabtu (petang khamis dah bertolak) rasanya macam nak balik cuti sebulan. Masing2 bawak beg sebesar2 alam.Peristiwa nak balik kg bermula dengan menulis nama di white board aspuri (asrama puteri) untuk tempah tempat duduk dalam bas seminggu sebelum. Saya hanya balik ke Kt (dungun-kay tee), ada yang tulis nama untuk balik pahang, kl. Hanya KT, pahang, KL sahaja bas akan diuruskan oleh pihak sekolah melalui wakil pelajar. Ingat lagi sepanjang saya bersekolah K'Conie (kalau x silap) yang menjadi wakil untuk bas KT.
Bila dah nak hampir waktu, announcement akan dibuat di tengah2 aspuri dengan menjerit. K'Conie akan mennjerit lebih kurang macam ni " Assalamualaikum wbt, kepada pelajar Kt yang hendak balik pada hari Khamis... sekian tarikh , sila buat pembayaran kepada Conie di dorm 3AA" eh tak ingatlah dorm dia. "dan sesiapa yang masih belum menulis nama untuk balik sila berbuat demikian sebelum hari rabu malam jam 12.00 malam". Waktu tu tambang balik ke KT bas chartered RM3.
Biasanya wakil2 bas ke, wakil pelajar ke, wakil prefect ke datang dari dorm yang glamour2. Secara tak langsung org2 dalam tu pun glamour2. Biasanya macam dah jadi tradisi, senior2 akan mengcop adik2 yang cun dari form 1 untuk tinggal dalam dorm mereka. Saya? dorm tak glamour 3BB. (x comel kot waktu tu.. haha) Antara dorm2 yang glamour 1BB, 3AA, 3cc, 4DD.
Berbalik semula kepada cerita balik kg tadi.. biasanya hari khamis selepas kami akan berlari2 dari sekolah untuk berkejar ke aspuri, cop tempat mandi, berlari ke dewan makan dan makan cepat2 supaya lepas tu boleh mandi cepat2 kat tempat yg dicop tadi dan lepas mandi terus turun tunggu bas. Bag kebiasaanya kami dah packing siap2 malam sebelumnya.Dan sebelum pergi sekolah letak bag siap2 kat terowong tengah.
Lepas siap semua, kami akan tunggu announcement kalau kami budak KT, K'Connie akan buat announcement menjerit lagi waktu bas dah sampai." Kepada semua budak KT, sila turun sekarang kerana bas dah sampai". Ha.. tu dia. Kami menjerit saja kalau nak buat announcement.
Biasanya saya dah siap2 tunggu kat lorong tengah. Bas sampai je terus berlari beratur naik bas dan cop tempat duduk. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam menggunakan bas chartered sekolah. Lama tu. Kalau bertolah pukul 2.30 petang lebih kurang sampai jam 5.00petang. Kalau sekarang naik kereta 40 minit je Dungun-KT. Waktu tu masih di stesen bas lama. Sekarang stesen bas lama dah jadik stesen teksi. Bila bas sampai je depan stesen bas (masa tu banggala) sebab turun dari bas sekolah kuning yang bertulis Sek.Men Sains Dungun (kat kertas kadboard) berbaju batik lagi. Haha. Ramai plak orang tengok waktu tu.Menurut my hubby kalau pelajar pahang lagik best.. Bas sekolah sendiri yang hantar. Walupun buruk n tak ada aircond, kembang hidung naik bas sekolah waktu tu.
Bila bas dah sampai, saya akan berkejar turun nak cari bas bertulis "Tepuh, Batu Rakit". Maka berjalan2 la saya dari satu bas ke satu bas meninjau depan cermin besar bas melihat kalau ada bas bertulis "Tepuh, Batu Rakit". Waktu tu bas terakhir adalah bas pukul 5ptg. Maknanya kena cepat2 cari bas. Kalau tak susah saya nak balik rumah kalau terlepas bas. Sebab rumah saya tak ada telefon time tu. Hp lagila tak pernah terfikir akan wujud. Bila dah jumpa bas, cepat2 naik cari tempat tepi tingkat atau dekat tangga. Supaya dapat angin.Sebabnya bas tak ada aircond. nanti saya pening. Kalau dah ramai orang kena berdirila jawabnya.Perjalanan dari bandar ke kg saya mengambil masa 40 minit. Wosh... hampir setengah hari nak balik rumah time tu. Waktu tu saya suka kalau ada bas Tong pendek. Tak taula kenapa. Mungkin sebab bas kecik then tak ramai org dan tak banyak bau2 hamis akan sampai ke hidung saya.
Dalam bas, saya akan pastikan saya tidur supaya saya tak pening. Ada masa lebih kurang 30 minit nak tidur. Waktu kepala akan kedepan kebelakang kekiri kenan mengikur lenggok bas. Saya akan bangun dekat simpang wakaf mersira. Then dah masuk kg saya. aim atas jambatan kena tekan loceng. Kalau tak bas terlajak berhenti depan rumah mok teh jah atau pok teh li buta. jauhla skit nak berjalan kan. Kalau saya tekan loceng tepat pada waktunya, bas akan berhenti depan rumah kedai mek doh. Turun dari bas pun hidung kembang sebab org kg semua tahu saya anok Pok Yah sekolah asrama penuh. Hihi. Time tu kedai mek doh glamour. dan ramai orang minum kopi dan makan mee rebus atau mee goreng dan of course la akan tengokla saya terkedek2 turun dari bas. Sebenarnya org tak hiraukan pun saya ni.
Sekarang mungkin dah tak macam tu life budak2 smsd. Maybe parents yang ambik. Just bila balik kg akan melalui dungun dan saya akan berkata pada anak2, inilah sekolah mummy dan papa.
Wah rindunya nak balik kg. Rupa2nya saya dah agak lama tak balik kg.Cuma sekarang berperang dengan anak2 dalam kereta. Aisyah dan Hadad selalu nak naik bas. Bila tu agaknya ye...
No comments:
Post a Comment