Assalamulaikum wbt.
Tanggal 17hb Januari 2009, genapla putera saya Abdul Harith Haddad berumur 2 tahun. Selamat Hari lahir Haddad. Mummy doakan haddad menjadi anak yang soleh dan sentiasa dibawah lindungan RahmatNya. InsyaAllah.
Sebenarnya hari lahir haddad adalah pembuka dan penentu kepada majlis2 keluarga selepas ini. Hehe. That's what always mummy said to papa. Kronologi events adalah seperti
1. Haddad - 17 Jan
2. Mummy - 1 Feb
3. Anniversary - 24 Feb
4. Aisyah - 7 Mac
4. Aisyah - 7 Mac
and the last person would be Papa
5. Papa - 24 Mac
Haaa... kalau papa tak ingat atau sengaja buat tak ingat semua events diatas... makanya... hihi
Emm... on the day itself... seronok tengok kakak sibuk suruh belikan kek untuk adiknya. Siap pesan kat mummy suruh beli kek yang ada gambar ultraman. huhu...sayangnya kakak Aisyah kat adiknya haddad.
Akhirnya selepas beli kek for haddad, dengan topeng2 nya skali.. haddad pulak tak sabar nak potong keknya sendiri. Maghrib tu terpotongla kek haddad yang pertama secara rasminya disambut oleh haddad. Yang first year tak sambut sebab haddad kecik lagi. Kalau sambut pun dia tak tahu kot that is his besday.
Mummy tengok haddad ni selepas masuk umur yang ke-2 ni, makin nakal dan comel aksinya. Antaranya ialah :
1. Suka lompat dari kerusi then buat aksi macam lompat jauh berkali2
2. Suka makan sendiri
3. Pronounciation makin bagus contohnya "Nak pegi mana? Kedai? Gula? Nak ikut...."
4. Suka pakai dan bukak seluar sendiri
5. Dah pandai pilih seluar mana nak pakai. Kalau jeans pilihan dia even malam2 buat pun kena gak pakaikan or dia pakai sendiri.
6. Makin suka main air (memang dia suka mandi vs Asiyah)
7. Suka buat aksi sommersaul (betul ke ejaan ni?) Ni macam guling2 kepala dan kaki sekali psing macam roda.
8. Dah tak berapa suka tidur dalam buai
9. kalau tidur dengan mummy kat bilik mummy, suka suruh biarkan lampu di "on" terus
Macam2 kan perangai anak2 ni. walau apa pun merekalah penghibur hati saya dikala susah atau senang.