Monday, December 22, 2008

Daftar

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya beremel dengan kawan lama. Saya bagitahu...week end baru ni adalah hari yang penuh bermakna bagi Aisyah. Then dia tanya.. nape? Aisyah dapat adik baru ke? Haahaa... Yela tu adik angkat baby yang baru masuk daftar. :)

Hari Sabtu tu sebenarnya Aisyah dah masuk daftar tadika. Next year Aisyah will be 5 years old. Like mummy said before, mummy and papa really want Aisyah to have new environment,new teacher, new friends...

And the result setelah few days mencari dan survey tadika2 yang ada di bangi, alhamdulillah akhirnya we decide to send Aisyah to Little Caliphs Kindergarden.

Seronok tengok Aisyah masa daftar tu. Lepas try uniform with the tudung, terus tak nak bukak baju sampai petang. Nanti mummy post gambar Aisyah with the uniform. Then balik rumah tak tukar baju sampai pukul 3.00pm. Lepas tu siap tukar uniform dengan baju main petang or tracksuit. Tu dia. semangat sungguh anak mummy. Mummy dan papa doakan Aisyah happy belajar ditempat baru dan semoga Aisyah menjadi antara khalifah2 kecil yang sebenar.

Ahad pulak. Mummy dan papa daftarkan Aisyah masuk program Astro (Science Lab) di Pusat Sains Negara. Wah tersenyum2 Aisyah.Adalah jugak muka cuak masa nak kena masuk lift tu. But Aisyah manage to control her emotion. Hehe. That's is putri mummy. Camp start pukul 2.00pm-5.00pm. Bila dah habis camp, masuk kereta tak habis2 mulut comel Aisyah bercerita tentang apa yang dia buat. Then malam tu Aisyah bisik kat mummy.. "Mummy, mummy tahu tak masa kat dalam kelas tu kan Aisyah rasa rinduuuu (mulut muncung) sangat kat Mummy. Aisyah rasa macam nak turun je. Tapi teacher cakap tak boleh keluar. Lepas tu tak lama tu teacher cakap lagi 3 minit kita akan turun.." Wah baru berpisah 3 jam anak mummy ni dah rindu ye?

Itulah kisah 2 pendaftaran Aisyah week end lepas.

Wednesday, December 10, 2008

Hari Raya Korban

Assalamualaikum wbt.

Jumaat Malam : Perjalanan kami balik ke kampung Bukit Chempaka tahun ni agak mencabar. Bukan apa, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 6 jam akhirnya menjadi kepada 11 jam. Pergh... campur tolak tekan pedal minyak 80-100km sejam, tukar driver gilir2 mummy dan papa,berhenti tidur, R&R, minum... bla bla bla... Akhirnya sampai jugak Aisyah, Haddad, Cik Su, Mummy dan Papa kat rumah Tok Mi dan Tokki.

Dasyat betul tahun ni... bukan apa, selepas menyusur highway Karak then masuk LPT.. hujan tak berhenti hingga kami sampai depan tangga pintu rumah Tok Mi dan Tokki jam 9.30 pagi. Papa yang terkenal dengan giler driving pun surrender. Dek penangan hujan, mata dikerah menjadi terlalu fokus kepada jalanraya yang akhirnya hanya mampu bertahan 3-4 jam sorang mengakibatkan kami terpaksa memperlahankan kelajuan kereta kami yang comel tu.

Sabtu : Melingkar je dalam rumah. Sejuk... sebab hujan je. Letak kepala je terus hilang.Tapi petang Alhamdulillah hujan berhenti.. pastu Tokki bawak papa dan Aisyah pergi pantai. Tapi ombak besar giler. Kata papa la.

Ahad : Sehari sebelum raya, beramai-ramai ke rumah Tok Yam (ini moyang Aisyah dan Haddad), bungkus ketupat palas. Yahuuu.... mummy akhirnya pandai bungkus ketupat palas. Sungguh bermakna raya korban ke 30 buat mummy. Aisyah pun belajar bungkus ketupat.

Isnin : Cerita hari raya pulak, walaupun rumah Tok Mi dan Tokki dimasuki air... hehe, raya tetap meriah. Tahun ni mummy berkorban sunat. Start dengan solat Hari Raya, then bergerak ke tempat penyembelihan lembu korban... (siap usap2 lagi tu lembu tu... teringat2 muka si lembu putih tu).. pas tu balik rumah sediakan rempah ratus nak masak daging. Pah tu set2 kaum lelaki (Tokki, Papa dan uncle) kembali ke tempat korban tolong apa yang patut. Meriah kata papa, bermula dengan takbir raya ramai2 then beramai2 kaum adam menumbangkan lembu. Yang akhirnya hanset uncle yang baru "terkorban". Pity for uncle. :.
Bila daging dah balik.. Tokki agih2kan daging pada orang2 kampung yang memerlukan. Wah... Aisyah siap round kampung ngan Cik Su agih2kan daging. Sukala tu.

Ha part hidangan hari raya pulak tahun ni semuanya berasaskan daging kecuali ketupat palas dan nasi minyakla. Dari hidangan daging kunyit special Tok Mi, Rendang daging, Gulai Cair Tulang lembu and acar nenas pedas. Pergh.. menjilat jari.