Sunday, June 14, 2009

Kadang-kadang

1. Kadang-kadang isteri hanya ingin berceloteh, tetapi suami selalu terus mematikan idea untuk berceloteh
contohnya : abang, kawan saya kan pergi london belanja 10k....
tetapi terus sang suami... habis tu... kita pun nak ikut orang lain?... pergi dengan budget kita ajalah...
Sebenarnya apalah salahnya layan je sekejap perasaan isteri tu haaa...
Bilangla... " Wah... banyak duit dia ye, dia beli apa ye?... takpela nanti kita tengok budget kita"
Sedangkan sang isteri memang tahu budget yang dipersetujui dari awal2 tetapi disebabkan sang suami sudah potong stim.... berakhir dengan pertengkaran... masam muka seminggu tak bertegur... haa salah siapa? Bukan nak mintak tambah badget pun sebenarnya...

2. Kadang-kadang, isteri bila diajak makan. malas nak makan. Penat. tetapi yang kadang2 tula yang selalu nampak dimata suami yang isteri tolak pelawaan suami, selalu melebihkan orang lain. Hemmm, nak buat macam mana tu?

3. Kadang-kadang, isteri pun tahu suami tak cukup wang. Tapi bila orang lain mintak senang-senang je diberi. Bila isteri mintak asyik berkira aja. Mak aiii... sedihnya...

4. Kadang-kadang, bila dirumah. isteri mahu dibantu menjaga anak. Walaupun isteri tahu dia mampu buat kerja rumah tanpa pertolongan suami. Tapi apalah salahnya kalau kadang-kadang sang suami membantu tengokkan anak-anak pun sudah cukup bagus.

5. Kadang-kadang, isteri mahu juga ditanyakan. Sayang dah makan? Lauk apa kita malam ini? apa kata kita makan... bla bla bla. Tak adala kadang-kadang isteri buntu nak fikir menu apa la nak masak untk malam ni.

6. Kadang-kadang, isteri juga perlu dihormati perasaaan dan keinginan... apalah salahnya sekali sekala atau kadanag-kadang tanyala isteri nak beli apa untuk hadiah arijadi tahun ni? Ini tidak wish pun tak ada... alahai

7. Kadang-kadang, sejuknya hati isteri bila melihat suami selalu ke masjid. eh... bukan kadang-kadang, slalulahhh

8. Kadang-kadang, seronoknya kalau suami bangun awal pagi dan solat subuh berjemaah. Makin erat kasih sayang, makin teguh cinta pada Allah, makin utuh rumahtangga

9. Kadang-kadang, tak perlu mengucapkan apa yang kita rasa dihati jika hanya mengguris perasaan. cukuplah masing-masing beristighfar dan memohon kepada Allah agar diberikan rahnatnya dan menguraikan kebencian dan kekusutan yang melanda.

Banyaknya kadang-kadang yang kadang-kadang tak terucap....


No comments: