Sunday, January 18, 2009

Maafkan Mummy Aisyah

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya saya pun tak tahu nak tulis tajuk entry kali ini sebagai apa. Tapi terus terang saya masih terkejut, frust terkilan yang teramat terhadap apa yang berlaku 2 hari lepas pada 17hb Januari 2009. Lebih2 lagi perkara ini melibatkan anak saya dan anak2 kawan saya yang sudah saya heret bersama kedalam situasi ini.

Saya dan suami memang tidak menjangkakan perkara sebegini akan berlaku. Penilaian dan rasa hormat saya terhadap kedua2 insan ini hilang sekelip mata selepas kami diusir dari premis Tadika Little Caliph pada hari tersebut.

Pada saya sebenarnya ini semua hanyala berpunca dari masalah komunikasi dan tiada ruang perbincangan. Saya sebenarnya tidak pernah menjangkakan sebegini rupa yang hanya bermula dengan isu 5 minit awal sebelum 7.30am. Principal Tadika Little Caliph tidak membenarkan anak saya masuk kedalam premis tadika walaupun saya memberitahu berkali dan menyatakan perkataan "tolongla puan, i'm in hurry to meeting, just let Aisyah masuk dan berada didalam kawasan tadika" Tapi jawapan dia (saya tidak akan merujuk kepada beliau sebab beliau bagi saya cukup mulia bagi seseorang). Tapi apa yang saya dapat adalah "sorry puan, if her pengsan or koma macam mana?" My goodness.. how come boleh keluar dari beliau perkataan
sebegini?.Saya meminta lagi dengan memberitahu then just let Aisyah berada didalam since ada guru yang dah sampai. But then "oh tak boleh puan, my another teacher will be in 7.30am and teacher ini have to help me at the back".
Akhirnya saya mengalah dengan perasan sebal dan berbuku dihati.
Rupanya saya sangka perbincangan yang diharap membantu pada hari Sabtu lepas dapat berjalan lancar tapi akhirnya kami dihalau dengan alasan kami tidak menghormati / respect masa mereka bersama family dan mereka (Puan Zaleha yang bertudung labuh- forgive me Allah...dan Encik Muhamad) mereka masih ada perkara yang lebih penting dari isu kami iaitu entertain new customer). MasyaAllah... apa yang existing customer ini adakah tidak penting bagi mereka?
Janganlah kita menggunakan agama sebagai topeng dan mempergunakan agama sewenang2nya dengan mengatakan "kalau kita boleh respect solat, kenapa kita tidak boleh respect orang lain? Adakah ada orang solat sebelum waktu? (ini kata En Muhamad)" Hal ini dirujuk dengan masalah saya terawal 5 minit untuk meminta anak saya masuk 5 minit lebih awal. Astaghfirullah....
Entahlah, bagi saya mereka berdua tidak layak untuk mendidik anak saya dengan sahsiah sebegitu walaupun kononya saya tidak bertudung labuh dan suami saya tidak berjambang seperti mereka berdua.
Maafkan mummy Aisyah kerana mummy terpaksa bagitahu Aisyah yang school Aisyah dah bercuti. Bila Aisyah dah besar mungkin ini akan menjadi satu kenangan bahawa mummy dan papa mahukan yang terbaik untuk Aisyah dan Haddad.

2 comments:

faisalsaila said...

masyaAllah.. ada ke gitu? insyaAllah Aisyah dapat skool lg gempak..

Meri said...

la...saya baru nak cari skool little caliph...kalau mcm nih caranya...cancelllllllll