Wednesday, December 10, 2008

Hari Raya Korban

Assalamualaikum wbt.

Jumaat Malam : Perjalanan kami balik ke kampung Bukit Chempaka tahun ni agak mencabar. Bukan apa, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 6 jam akhirnya menjadi kepada 11 jam. Pergh... campur tolak tekan pedal minyak 80-100km sejam, tukar driver gilir2 mummy dan papa,berhenti tidur, R&R, minum... bla bla bla... Akhirnya sampai jugak Aisyah, Haddad, Cik Su, Mummy dan Papa kat rumah Tok Mi dan Tokki.

Dasyat betul tahun ni... bukan apa, selepas menyusur highway Karak then masuk LPT.. hujan tak berhenti hingga kami sampai depan tangga pintu rumah Tok Mi dan Tokki jam 9.30 pagi. Papa yang terkenal dengan giler driving pun surrender. Dek penangan hujan, mata dikerah menjadi terlalu fokus kepada jalanraya yang akhirnya hanya mampu bertahan 3-4 jam sorang mengakibatkan kami terpaksa memperlahankan kelajuan kereta kami yang comel tu.

Sabtu : Melingkar je dalam rumah. Sejuk... sebab hujan je. Letak kepala je terus hilang.Tapi petang Alhamdulillah hujan berhenti.. pastu Tokki bawak papa dan Aisyah pergi pantai. Tapi ombak besar giler. Kata papa la.

Ahad : Sehari sebelum raya, beramai-ramai ke rumah Tok Yam (ini moyang Aisyah dan Haddad), bungkus ketupat palas. Yahuuu.... mummy akhirnya pandai bungkus ketupat palas. Sungguh bermakna raya korban ke 30 buat mummy. Aisyah pun belajar bungkus ketupat.

Isnin : Cerita hari raya pulak, walaupun rumah Tok Mi dan Tokki dimasuki air... hehe, raya tetap meriah. Tahun ni mummy berkorban sunat. Start dengan solat Hari Raya, then bergerak ke tempat penyembelihan lembu korban... (siap usap2 lagi tu lembu tu... teringat2 muka si lembu putih tu).. pas tu balik rumah sediakan rempah ratus nak masak daging. Pah tu set2 kaum lelaki (Tokki, Papa dan uncle) kembali ke tempat korban tolong apa yang patut. Meriah kata papa, bermula dengan takbir raya ramai2 then beramai2 kaum adam menumbangkan lembu. Yang akhirnya hanset uncle yang baru "terkorban". Pity for uncle. :.
Bila daging dah balik.. Tokki agih2kan daging pada orang2 kampung yang memerlukan. Wah... Aisyah siap round kampung ngan Cik Su agih2kan daging. Sukala tu.

Ha part hidangan hari raya pulak tahun ni semuanya berasaskan daging kecuali ketupat palas dan nasi minyakla. Dari hidangan daging kunyit special Tok Mi, Rendang daging, Gulai Cair Tulang lembu and acar nenas pedas. Pergh.. menjilat jari.

No comments: