Thursday, November 13, 2008

Membina Harga Diri Kanak-Kanak


Assalamualaikum wbt.

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri? Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi? Kanak-kanak ini:

  1. Mudah berkawan. (Aisyah mudah berkawan tapi kawan2 yg berlainan umur cth 5 yrs seems macam memusuhi Aisyah. Kesian Aisyah kan. That's why mummy rasa kalau dah 5 yrs kena ke tadika (bkn duk taska lagik). kalau tak yg umur 5 thn ni akan mudah menjadi "taiko" dan jadi ketua mempengaruhi org lain)
  2. Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru. (yg ni Aisyah memang suka)
  3. Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan. (sometimes la... kalau dtg dia punye angin... hemmm)
  4. Boleh mengawal perlakuan. (InsyaAllah)
  5. Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain. (so far so gud la)
  6. Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif. (huhu...sgt kreatif anakku sorang ni.. hbs dinding dia tampal dgn kertas aktiviti dia)
  7. Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.(alhamdulillah ... sentiasa bersemangat kecuali kalau kena marah sebab kasar sangat permainannya dgn adik..then sah2 terus bad mood)

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?Mereka :

  1. Tidak ceria.
  2. Kurang keyakinan diri.
  3. Perasaan tidak berguna.
  4. Sentiasa berasa letih dan penat.
  5. Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
  6. Rasa rendah diri.
  7. Sering gagal di sekolah.

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri? Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :

  1. Kasih sayang.
  2. Keselamatan.
  3. Panduan.
  4. Penghargaan.
  5. Galakan.

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?Anda harus : ( Mummy akan cuba yang terbaik)

  1. Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil.
  2. Berikan kasih sayang yang ikhlas.
  3. Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda.
  4. Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
  5. Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan.
  6. Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
  7. Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik.
  8. Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya 'ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangimu.

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak.

  1. Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain. (emmm adalah terlepas satu dua kali.. tapi takdela mengherdik... sampai mummy kena marah kat papa.. huhu)
  2. Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya. ( eiii.. tak ada2, simpang malaikat 44) )
  3. Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak.

sumber : http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/09/membina-harga-diri-kanak-kanak.html

No comments: