Pagi ni ngam2 masuk ofis. 8.00 am. Tak taula kenapa minggu ni rasa start dari hari Selasa after deepavali penat memanjang. Asyik terbabas dari waktu biasa mummy bangun. Bila direwind kembali... agaknya penangan pergi kenduri kawen kat Melaka hari Isnin ( deepavali )... Hari tu kami sekeluarga bertolak awal pagi dengan aki, tok mi dan c'su.... masuk Melaka pegi jalan2 dulu A Famosa Resort then baru pegi tengok pengantin.. lepas tu sempat lagik pusing bandar Melaka. layan naik beca ngan aki n tok mi.Bertolak balik dari Melaka pukul 6.30 ... jem lagi kat highway, tup tup sampai di Bangi pukul 10pm. Esoknya kerja... Agaknya badan dah tua.Dah tak boleh menerima lebih banyak stress dalam hidup. Haha.. cakap pasal stress. papa slalu cakap mummy ni slalu stress.
Tapi pagi ni ada satu isu yang buat mummy stress dan menyesal lagik. malam tadi balik lambat ngan papa. Dek kegatalan mummy ajak papa makan2 kat kg baru. dah sampai rumah lambat.. agak2 lepas maghrib. lepas layan kejap ngan Aisyah dan Haddad, mummy naik atas solat maghrib then tunggu Isyak terus. (Isyak sekarang awal : 8:09pm). 8.30 mummy turun.. tengok2 Aisyah dah tidur. mummy kira2... brp saat mummy spend masa ngan Aisyah... tak sampai setengah jam. datang keja pagi tadi pon Aisyah still tak bangun lagik. Adik je yang slalu bangun awal. Sekarang adik dah pandai bangun pagi jalan masuk sambung tidur bilik mummy n papa. Sebab tu agaknya adik slalu mood ok pagi2.. sebab adik yang slalu tidur agak lambat dan bangun awal (masa lebih nagn mummy n papa), Aisyah yang slalu bad mood.
Hem.. entahla. setiap hari mummy berazam nak spend masa yang berkualiti dgn anak2. tapi adanya halangan.InsyaAllah hari ni mummy akan lakukan yang terbaik untuk anak2 mummy.
No comments:
Post a Comment